Wednesday, May 12, 2010

Cikguku masih cantik

Semasa menziarahi kematian jiran sekampungku petang tadi, aku telah bertemu dengan bekas guru semasa aku berada di sekolah rendah....emm masih cantik dan ayu....


Aku masih ingat cikgu 'ni 'mengajar aku di tahun 4, dia juga guru bola jaring sekolah...aku pada waktu itu 'gila' bola jaring. Sehinggalah aku berada di tingkatan 6 aku mula melupakan 'kegilaanku' itu,,,

Wah...cikguku masih cantik lagi walaupun dah lebih 30 tahun aku meninggalkan alam sekolah rendah.
Cikgu Che Embong namanya......sekali imbas nampak sebaya dengan aku je....ni mesti ada petua....
Ini bukanlah cikgu aku....tapi gambar ini ada iras cikgu aku....ewahhh...terlebih kipas ke....

Saturday, May 8, 2010

Lambaian kota bersejarah


Aku akan ditinggalkan lagi ......
mulai
akhir Mei ini seorang lagi puteriku akan meneruskan
perjuangannya yang belum selesai...di UiTM Melaka mengikuti
pengajian yang sealiran dengan kakaknya........
Kota Melaka........

InsyaAllah kami akan sampai disana menyambut lambaian kota
bersejarah..

Tuesday, May 4, 2010

Streamyx dah ok




Setelah lebih seminggu aku tak dapat termenung dan melayari alam tanpa hijab ini akibat kegatalan tangan-tangan nakal yang telah memotong kabel......akhirnya hari ini dah kembali ok..



Setelah merdeka dari belenggu peperiksaan akhirnya barulah aku boleh bernafas dengan tenang....dapur aku dah lama tak di usap...bersepah....biarlah aku pejam sebelah mata tiap kali berada di dapur...



Dengan hati yang lapang kini aku kembali menyarung jersi surirumah....melayani 'boss'...anak-anak disamping tugasan sekolah aku...

Merdekaaa.........

Saturday, April 17, 2010

peperiksaan

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan akhir ..Perjuangan aku yang terakhir untuk tahun ni.tahun depan,,dah masuk tahun akhir..horey..

Paper akhir aku 27 April ni merupakan paper yang begitu dirindui sebagai penamat..dan lepas tu...yea...wa dan bebas ...bebas terbang kesana sini..KB Mall, Tesco, Parkson, Mydin, Nirwana...


Setelah seminggu dua ni asyik kepit buku dan nota...
psstt......SEBENARNYA
Asal buka buku je...mata pun mulalah kuyu..menandakan kefahaman dan kekusyukkan yang mendalam.....dah tue le tu...

Buat semua teman-teman disemua pusat wilayah ,,,,,,Do your best...

Friday, April 9, 2010

Renungan buat insan sejenisku



Buat insan yang bernama wanita..


Mengapakah insan sejenis mu juga yang akan kau sakiti...apakah salah dan dosa insan sejenismu sehingga hatinya dilukai

Pernahkah kau terfikir andainya kau berada ditempatnya..apakah perasaanmu? Gembirakah kau...menangiskah kau...redhakah kau...


Duhai insan sejenisku usah digapai mimpi indah.. yang hanya bersemadi dalam ilusi kerana kenyataan tidak semudah dan seindah impian..jangan biarkan dirimu hanyut bersama mimpi indah justeru kau terjaga dari mimpimu..semuanya bakal hilang entah dimana..


Kewarasan fikiran seorang lelaki pastinya tidak akan menggadaikan sebuah realiti kehidupan untuk bersama mimpi yang belum pasti..apatah lagi kehidupan yang dimilikinya telah dipenuhi dengan rasa kasih dan cinta juga dengan kurniaan kilauan permata.

Monday, April 5, 2010

ke mana haluannya


........sambungan entry "aku dan esok'



Jantungku telah kembali normal setelah segalanya selesai dan aku pasrah dengan segala ketentuan Illahi...


Walaupun tidak dapat dinafikan aku juga merasa sedikit kecewa dengan keputusan SPMnya yang selama ini ku tunggu dengan penuh debaran namun aku masih bersyukur dengan kurniaanNYA.


Beberapa detik lagi aku akan ditinggalkanya....untuk meneruskan perjuangannya yang belum selesai...


Mak dan abah akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu 'puteriku '.


Thursday, March 11, 2010

hidup dan takdir


Langit tak selalu cerah...apakah langit yang tidak cerah itu bukan satu keindahan kurniaan

Azzawajalla. Pada ku langit cerah atau gelap bukanlah persoalannya...kerana semuanya adalah

ketentuanNYA, yang pastinya aku terimanya dengan redha...dan aku yakin disebalik

kesuraman warna langit mu akan melimpah sejuta keberkatan kerana apa jua kurniaanmu pasti

tersembunyi hikmah yang tak dapat ku gapai tanpa renungan dari mata hati..


Terimalah duhai jiwaku hidup kita tidak selalu indah......