Sunday, October 24, 2010

Aminah bonda Muhammad SWA


Pertama kali aku aku menatap buku ini disebuah kedai buku terus jari jemari ini membelek-belek isi kandungannya...

Aku lantas membayar harganya....
Dalam masa dua hari aku telah khatam dari muka pertama hingga muka surat terakhir...Dalam masa dua hari ini aku telah mengenal siapa Aminah bonda nabi junjugan kita..

Kalau selama ini kita selalu mendengar kanak tadika menyanyi...dan menyebut nama ibu dan ayah nabi Muhammad.....dan kita hanya membaca kisah-kisah nabi dari kecil sehingga baginda wafat....namun kita tidak mengenal siapa Aminah sebenar...tentulah beliau bukan calang-calang wanita yang dipilih...untuk menjadi bonda Nabi Muhammad S.W.A.

Perjalanan hidupnya yang sarat dengan ranjau dan terlalu lama memendam perasaan rindu kepada suami tercinta.....suaminya Abdullah telah meninggalkanya disaat cinta baru berputik....
Baru kahwin 18 hari....suami pergi tak kembali lagi..

Air mata menitis tanpa disedari....apabila menyelami perasaan rindu seorang isteri pada suami yang telah pergi..dan meneruskan hari-hari yang mendatang tanpa suami yang dikasihi.

Thursday, October 21, 2010

skype

Sudah lebih sebulan puteriku berdagang dirantau orang.....baru sebulan?...eii ..rasa macam dah berbulan-bulan kami berpisah..

Kakak kerap menelefon bertanya khabar...bila dia menefon aku tak bagi dia bersembang panjang bimbang nanti banyak duit dihabiskan untuk to4 je....

Sofia sedang bersembang dengan kakaknya yang memberikan nama timangan 'butak''


Kini kami boleh berbual panjang secara percuma dengan Skype malah kami boleh melihat wajah masing-masing dengan jelas...kalau sebelum ni aku hanya boleh mendengar suara yang sebak je..tapi kini aku juga dapat melihat jejari halusnya menari-nari dipipi mengesat air mata...

Wednesday, October 20, 2010

Terapi minda




Mencari ketenangan sambil bermonolog dalam diri.... Cuba melupakan peristiwa kelmarin....siapalah aku....aku tidak mahu jadi manusia pendendam...





Berbual-bual dengan pokok orkidku...kasihan kau orkid pasumu yang kecil belum diganti tuanmu...


Melihat warna bunganya yang berseri membangkitkan rasa riang
dalam hati....

Tuesday, October 19, 2010

Siapalah aku untuk mengatakan tidak


Telefon berdering... Hello.. Su ke ni? ah...dah terima ka surat kursus? Belum...bila? emm..bla..bla......


Aku mencongak dalam hati....itu tarikh hubby aku juga berkursus...tiga hari...aik sama je tarikhnya tapi tempatnya lain-lain..Kalau aku dan hubby kursus serentak macam mana anak-anak aku....macam mana dia orang nak gi sekolah...macam mana makan pakai 'baby tua' aku.....Siapalah nak uruskan Sofia....


Esoknya aku jumpa GB dan menyatakan masalah aku...kalau boleh aku nak minta orang lain gantikan tempat aku....Kursus ni atas nama awak...bla..bla...awak tinggallah anak-anak awak kat rumah saudara mara awak...bla..bla...


Emm..sayu rasa hati mendengar penjelasan yang tiada bernada simpati atau sekadar memahami naluri resah seorang ibu yang akan meninggalkan anak-anak dalam keadaan tidak terurus.... namun siapalah aku untuk membantah arahan seorang yang bernama bossss....

Saturday, October 16, 2010

Rukun ke 5




Musim haji tiba lagi....melengkapkan rukun Islam ke 5 bagi yang mampu...



Tahun ini ada beberapa orang rakan sejawatku yang telah dan akan berangkat ke tanah suci... Semoga dapat menjalankan ibadah haji dengan baik dan memperolehi haji yang mabrur..
Bagi yang baru nak mendaftar tahun ini...anda akan mendapat koata tahun 2030....mak aaai...20 tahun lagi tu..lamanya....
Kepada yang belum mendaftar jom kita daftar...




Saturday, October 2, 2010

Aku masih wujud


Yeah...aku telah kembali ke laman sesawang...


Setelah berhempas pulas aku merajuk...akhirnya aku telah dianugerahkan sebuah laptop yang telah pudar keayuan wajahnya oleh hubbyku...bahagian tepinya menampakkan 'kelamaan' perkhidmatanya.....namun sebagai hamba yang selalu bersyukur.. aku tetap berterima kasih...harap-harap jangka hayatnya biarlah sampai aku khatam pengajianku di USM pertengahan tahun hadapan....


Wednesday, July 14, 2010

Aku geram....

'Aku seperti orang hilang akal, pada masa-masa terluang aku asyik mengingatinya.... walaupun aku cuba melupakannya...namun bayangan wajahnya sering datang menyapa dikala kesepian..'

Bagaimana harusku cari ganti....


Ah...siapakah akan mengerti perasaanku ini....hubbyku memandang sinis.....

Aku pula hanya mampu menjeling melihat keseronokkan hubby dengan.........barunya....
Benci....benci....tak adil....tak adil....... Aku kini telah kehilangan tempat melampias perasaan geram, marah, bangga, jeles..aaaaaa........

Semuanya aku korbankan demi seseorang yang aku kasihi....hu..hu..hu Aku kini kehilangan lappy comelkuuu.....dan kedukaan ini bertukar menjadi geram bila hubbyku pula asyik tersengih-sengih dengan telefon barunya....ishh...jelesnya.....