Tuesday, November 17, 2009

SPM 2009

18 Nov...Esok adalah tarikh keramat pagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini...termasuklah puteriku yang kedua..Silmi..

Buat puteriku...mak dan abah sentiasa mendoakan semoga Imi ditenangkan hati, dilapangkan dada dan dibukakan minda.... dan dapat menjawab dengan baik..

Selamat menghadapi peperiksaan.......Semoga dikurniakan Allah sebuah kejayaan buat anakku..

Sunday, November 1, 2009

Happy birthday 2 u

Tup...tap...tup....tap rupanya sekolah dah nak cuti,,,dan era kegemilangan 2009 semakin pasti menuju titik muktamadnya.. Hari ni 1 Nov adalah hari ulangtahun ke 42...boss of our family..

He..he...sebenarnya aku lupa besday hubby hari ni,,,,dan dengan bahasanya yang tersirat hubby pun kata...buka blog....buka blog...

Apa pun semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki........emmm..... dan jangan terlupa diri....he.he..he..

Thursday, October 1, 2009

Streamyx dah ok

Semenjak dua menjak ni streamyx kat rumah aku dah kembali ok. Jadi rajinlah sikit aku termenung depan notebook ni.... untuk pengetahuan puteri-puteriku, abah dah belikan mak sebuah notebook baru... jangan jealousssss

Emm....cantik...

Tuesday, May 20, 2008

Kolej Mara Kuala Nerang



Lebih kurang dalam pukul 3 petang 10 Mei 2008 yang lalu kami sekeluarga bertolak dari rumah ke Kuala Kangsar(rumah ibu mertuaku..... hehehe ). Nawaitunya untuk menghantar anak dara kami daftar matrikulasi di Kolej Mara Kuala Nerang.

Setelah lebih seminggu 'boss' berada dalam dilema samada nak pegi UITM di Shah Alam buat diploma atau matrikulasi di Kuala Nerang. Pada mulanya 'boss' kata okay kakak kena buat diploma.. sebab abah dah tanya kawan-kawan dan mereka syorkan kakak buat diploma.

Tup..Tup dua tiga hari dari tarikh nak daftar lepas balik jumpa kawannya seorang pengetua sekolah men... "ok ini keputusan muktamad abah, kakak kena gi matrikulasi Kuala Nerang".

Maka kalutlah kami anak beranak membuat persiapan yang satu benda pun tak siap lagi. Dengan persediaan yang tidak seberapa kami bertolak ke Kuala Nerang dan jauh di sudut hati semoga keputusan yang kami buat ini adalah yang paling baik untuk anak dara kami.

Keesokkan pagi dari Kuala Kangsar terus ke Kuala Nerang. Kami tiba di Kolej Mara Kuala Nerang dalam pukul 11 pagi. Belum ramai lagi ibu bapa lain yang sampai, kebanyakkan mungkin baru bertolak pagi ini.

Setelah berehat di hostel yang di sediakan, dalam pukul 2.30 kami bercadang nak kenal bandar Alor Star. Alor Star dari Kuala Nerang 30 km saja tapi sepanjang perjalanan agak sibuk.

Destinasi kami ke Pekan Rabu... dengan hanya berpandukan peta yang di beli di kedai buku. Setelah puas makan buah langsat (sesat) akhirnya jumpa juga Pekan Rabu.. borong pekasam, kuah rojak dan jajan kami singgah di shoq Bukhari, shopping di situ mana-mana barang yang belum cukup.

Bandar Alor Star lebih meriah dari bandar Kota Bharu... Kami singgah makan di sebuah kedai tepi jalan nak pekena Tom Yam Siam Kedah pulak... tapi bila kami amati dailek percakapan tuan kedai... eh..bau budulah.. ore kelate juga rupanya.... kami makan 5 orang hanya RM 21.50.

Terkejut kami bila dia sebutkan harganya.. "eh, murahnya.. kot dia perasan kami pelat kelate ada diskaun..hehehe.

Selepas segala urusan pendaftaran selesai dan setelah mendengar taklimat dari pengarah kolej kami berlapang dada meninggalkan anak dara kami di Kuala Nerang.

Buat kakak semoga belajar bersunguh-sungguh mak dan abah akan sentiasa mengiringi doa dan restu semoga beroleh sebuah kejayaan.

Monday, January 28, 2008

KWAPM

Beberapa hari yang lalu guru-guru yang memegang kelas diminta melengkapkan beberapa jenis bantuan yang telah di salurkan oleh kementerian ke sekolah.

Ini adalah jenis2 bantuan yang di terima oleh seorang pelajar.

KWAPM
1. Bantuan persekolahan : RM 200
2. Bantuan Am : RM 250 (rm 50 sebulan selama 5 bulan)

3. Kelas Skim bantuan Tuisyen : RM 360
4. Bantuan makan Skim Bantuan Tuisyen : RM 129.60
5. Rancangan makanan Tambahan (RMT) : RM 342.00
6. Program susu sekolah : RM 54.00
7. Bantuan buku teks : RM 100 (purata)
8.UPSR : RM 5
9. Yuran khas : RM 4.50


Maka setelah di jumlah seorang murid mendapat lebih kurang RM 1400.00 bagi murid tahun 4, 5 dan 6.....eis..is..banyak tu...betapa beruntungnya murid zaman ini.... maka bersyukurlah para ibu bapa...dengan apa yang telah di peruntukkan kepada anak-anak kita...

Kita kakitangan sekolah jenuh melengkapkan borang pedih mata-mata nak bagi anak demo suruh dapat bantuan ....puah balah dengan budak masa nak minta balik bore...nya pakat lambat hantar...bila time ore bagi pitis...cikgu pula kena marah ka mak pak bakpa dia tak boleh...

Tapi hak sungguhnya bayangkan lah kalu satu Malaysia ni berapa kerajaan habis untuk anak-anak kita yang baru berada di sekolah rendah ini.. maka fikir2lah wahai ibu bapa betapa bersyukurnya kita bertuankan kerajaan berdaulat di bumi bertuah.

Saturday, January 5, 2008

Kenangan sebelum bertolak ke Damai Resort Merbok






Monday, December 31, 2007

Puteri ku ke PLKN




30 Disember anakku telah ke PLKN di Damai Resort Merbok Kedah. Pukul 8.00 pagi bertolak ke Pengkalan Chepa untuk pendaftaran..sampa-sampai jalan dah jem..kami sekeluarga berjalan kaki 500 meter sambil mengheret beg besar..bila tiba di khemah pendaftaran keadaan bersesak-sesak pakat nak daftar dulu...ibu bapa dan keluarga kelihatan sabar menunggu walaupun hari panas untuk melihat anak-anak mereka bertolak dengan selamat

Walaupun berat hati untuk melepaskan kakak pergi, mak dan abah iringkan doa semoga kakak tabah dan berani mengharungi kehidupan di sana. Semoga di lindungi Allah sentiasa dan di permudahkan segala kerja buat... mak dan abah harap pandai-pandailah jaga diri...