Tuesday, May 20, 2008

Kolej Mara Kuala Nerang



Lebih kurang dalam pukul 3 petang 10 Mei 2008 yang lalu kami sekeluarga bertolak dari rumah ke Kuala Kangsar(rumah ibu mertuaku..... hehehe ). Nawaitunya untuk menghantar anak dara kami daftar matrikulasi di Kolej Mara Kuala Nerang.

Setelah lebih seminggu 'boss' berada dalam dilema samada nak pegi UITM di Shah Alam buat diploma atau matrikulasi di Kuala Nerang. Pada mulanya 'boss' kata okay kakak kena buat diploma.. sebab abah dah tanya kawan-kawan dan mereka syorkan kakak buat diploma.

Tup..Tup dua tiga hari dari tarikh nak daftar lepas balik jumpa kawannya seorang pengetua sekolah men... "ok ini keputusan muktamad abah, kakak kena gi matrikulasi Kuala Nerang".

Maka kalutlah kami anak beranak membuat persiapan yang satu benda pun tak siap lagi. Dengan persediaan yang tidak seberapa kami bertolak ke Kuala Nerang dan jauh di sudut hati semoga keputusan yang kami buat ini adalah yang paling baik untuk anak dara kami.

Keesokkan pagi dari Kuala Kangsar terus ke Kuala Nerang. Kami tiba di Kolej Mara Kuala Nerang dalam pukul 11 pagi. Belum ramai lagi ibu bapa lain yang sampai, kebanyakkan mungkin baru bertolak pagi ini.

Setelah berehat di hostel yang di sediakan, dalam pukul 2.30 kami bercadang nak kenal bandar Alor Star. Alor Star dari Kuala Nerang 30 km saja tapi sepanjang perjalanan agak sibuk.

Destinasi kami ke Pekan Rabu... dengan hanya berpandukan peta yang di beli di kedai buku. Setelah puas makan buah langsat (sesat) akhirnya jumpa juga Pekan Rabu.. borong pekasam, kuah rojak dan jajan kami singgah di shoq Bukhari, shopping di situ mana-mana barang yang belum cukup.

Bandar Alor Star lebih meriah dari bandar Kota Bharu... Kami singgah makan di sebuah kedai tepi jalan nak pekena Tom Yam Siam Kedah pulak... tapi bila kami amati dailek percakapan tuan kedai... eh..bau budulah.. ore kelate juga rupanya.... kami makan 5 orang hanya RM 21.50.

Terkejut kami bila dia sebutkan harganya.. "eh, murahnya.. kot dia perasan kami pelat kelate ada diskaun..hehehe.

Selepas segala urusan pendaftaran selesai dan setelah mendengar taklimat dari pengarah kolej kami berlapang dada meninggalkan anak dara kami di Kuala Nerang.

Buat kakak semoga belajar bersunguh-sungguh mak dan abah akan sentiasa mengiringi doa dan restu semoga beroleh sebuah kejayaan.