Friday, August 31, 2007



Monday, August 20, 2007

Temujanji terakhir

Hari ini aku mengunjungi HUSM seperti apointment yang lalu....bila nak buat pendaftaran
..hari ini tak bawa lagi ke GL?....Sori lah Cik saya tak ingat...Ini dah kali ke 5 puan..... minta
maaflah Cik Insyaallah lain kali saya akan bawa. Lepas tu masuk Klinik O&G letak kad tunggu
giliran jumpa doktor..aku orang yang ke tiga. Sebelum masuk bilik doktor, nurse panggil untuk
timbang berat badan 59.2 kg. Bilalah badan aku nak naik....

Jumpa doktor .... Puan dah sihat ...dah mengandung ke?..nak mengandung lagi
ke?...berapa umur puan? kalau puan mengandung dalam usia macam ni..bla..bla...dan ini adalah temu janji terakhir puan.. kalau ada apa-apa masalah selepas ini puan boleh pergi ke klinik yang terdekat.

Alhamdulilah aku dah sihat...setelah lebih 2 tahun aku terpaksa berulak-alik ke HUSM selepas aku di sahkan molar (mengandung anggur).

Terima kasih kepada semua doktor-doktor dan semua kakitangan HUSM Kubang Kerian yang begitu perihatin semasa saya mendapat rawatan di situ....

Sunday, August 19, 2007

Lawatan ke Langkawi

Ini adalah restoran tempat kami soru...hari-hari masa di
Langkawi.









Semasa mengunjungi UnderWater World.
Terpegun dengan kekuasaan Illahi.....

Friday, August 17, 2007

Laptop baru


PIKOM PC Fair.... Kota Bharu


Selama ini syukur kerana Kementerian Pelajaran telah membekalkan laptop kepada guru-guru. Sejak beberapa tahun yang lalu aku menggunakan laptop Dell yang ada cop "Hak Milik Kerajaan Malaysia" tu.

Setelah 5 tahun laptop itu berjasa membantu kerja-kerja aku baik di dalam kelas atau di luar kelas...... laptop tu sekarang ni dah mula 'buat hal'

Modem wireless pun tak ada... bila nak online terpaksalah tarik kabel dari modem kat luar, sedangkan hubby dah pasang wireless modem. Semakin lama 'beraso' semakin payah...

Hubby sudah beberapa kali kata... beli je lah laptop baru.. laptop sendiri... senang! Kekadang tu rasa 'waaa' jugok bila hubby 'menyohor' laptop dia yang boleh akses internet di mana-mana sahaja di rumah kami.

Kebetulan pulak minggu ni ada PC fair di KB Mall...... malam tadi dah tinjau-tinjau. Dengan nasihat daripada hubby.... maka aku belilah laptop HP Compaq Presario ni (yang sebenarnya... ni salah satu laptop impian dia, tu yang 'menyunguh' sangat tu...... hehehe!) Dah hubby kata laptop ni yang terbaik berbanding dengan yang lain.... aku terima sahaja la, kerana dia lebih maklum dalam hal ni..... dia JU ICT JPN katakann......
Laptop baruku.... Compaq Presario V3521TU


Tuesday, August 7, 2007

Kursus SPBT

Aku diarahkan untuk berkursus di YT Midtown Trengganu pada minggu depan....kursus?..boringnya.Kursus mengenai buku teks pulak tu... Hubby aku dok kursus kat Langkawi belum balik lagi ...aku pulak kena pegi kursus...nampak gayanya dari senarai nama yang tercatat hanya 5 orang guru dari daerah aku yang 'bernasib baik' terpilih mengikuti kursus tersebut...
Buat guru-guru yang yang akan ke YTMidtown minggu depan jom kita pakat beli telur penyu dan kain batik.

Sunday, August 5, 2007

Punch Card

Minggu lepas sekolah aku mula menggunakan sistem punch card untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Haru beb... aku terpaksa bertolak dari rumah pukul 6.45 pagi walaupun jarak ke sekolah hanya 15 km...mesti sampai sebelum 7.30 pagi..lewat 1 minit je merah le..jawabnya...Walaupun kelas bermula 7.45 tapi guru besar kami mahukan semua anak buahnya sampai awal ke sekolah.
Agak nya sekolah aku adalah sekolah pertama dalam daerah ni yang gunakan punchcard dan aku adalah antara orang yang tinggal paling jauh dari sekolah..kalau terlewat melayang lah rasanya kereta tu aku pecut.. Kawan-kawan hubby ada report kata aku bawa kereta laju...relax 'Yang' awal pagi jalanraya tak berapa sibuk bolehlah bawa laju sikit.
Entah apalah agaknya rasional guru besar gunakan sistem punh card....walau apapun kami sahut cabaran GB supaya kami sampai awal ke sekolah.....bravo....