Wednesday, November 29, 2006

Baru nak belajar...

Hai Nonie...
Kak Su ni baru belajar je.... bagus juga cadangan nie tu..masih terkial-kial lagi orang kata...tapi nasib baik ada JU ICT kat rumah . Lagi pun Kak Su bukan boleh mengadap pc kat rumah. Dalam sehari bolehlah setengah jam..kalau duduk lama-lama ramai yang jelous...cak-cak Nabih buat apa tu?..

Tuesday, November 28, 2006

Anak-anak dan sekolahnya.

Tahun depan tiga orang anak aku belajar di sekolah menengah. Tingkatan 5, tingkatan 3 dan tingkatan 1.
Makin sunyilah kami di rumah, hanya tinggal 2 orang saja. Tiga akan masuk asrama, tak lama lagi akan hilanglah riuh rendah apabila penggal persekolahan bermula dan ibubapa juga akan mula pening kepala bagi menyiapkan keperluan persekolahan anak-anak.
Ekonomi yang bankrap lepas raya baru ni.. belum lagi pulih.. sekarang kena siapakan segala senjata yang ada untuk persiapan persekolahan yang akan bermula. Pakaian sekolah,beg, kasut, dan yuran persekolahan mesti beres.
Teringat masa kecil-kecil dulu bila orang tua bersembang bagi yang anak ramai bila musim persekolahan nak bermula kaum-kaum ibu akan mengadaikan semua barang kemas yang ada untuk melengkapakan keperluan anak sekolah. Masa tu aku hanya terfikir kenapa sampai terpaksa mengadai barang kemas... tak cukupkah dengan pendapatan yang ada, suaminya juruteknik TNB. Ini kisah arwah mak saudara aku.....hasil padi 2-3 relong tapi bila musim sekolah bermula dengan nenek aku juga tempat mengadu setelah habis barang kemas terpaksa di gadaikan.. maklumlah anaknya 12 orang.
Sekarang baru aku merasa bagaimana situasinya bila tiba musim itu. Empat anak sudah bersekolah dan yang ke5 sekolah tadika.
Tapi cuba kita bayangkan bagaimana dengan orang kampung yang hanya kerja kampung.....
bila tiba musim persekolahan. ...
Walau macam mana pun rezeki tu di tangan tuhan..... bersyukurlah dengan apa yang ada.

Wednesday, November 22, 2006

Dilema

Aku sekarang masih di persimpangan samada nak sambung belajar atau tidak. Macam-macam yang bermain di fikiran aku sekarang ni..
Lega rasanya lepas hantar borang.. kalau ada rezeki dapat kalau tak dapat pun taklah frust sangat , cukuplah dengan apa yang ada.... tapi bila memikirkan adik-adik yang lebih muda daripada kita baru setahun jagung mengajar lebih jauh meninggalkan kita, rasa rugi jugak sedangkan kita ada kelayakan akademik lebih kurang macam mereka juga.

Sekarang anak-anak pun dah besar... rasanya bolehlah curi-curi sedikit masa untuk aku belajar. Sekali fikir aku rasa lebih baik aku belajar mengaji quran sebab umur pun dah banyak... kubur kata mari..mari.
Buat masa ni aku berserah pada takdir kalau ada rezeki aku nak belajar lagi..kalau tak ada rezeki .. anggaplah itu satu anugerah yang telah di tentukan dan seperti kata hati....pade belajar..belajar quran sudahlah..tua dah.

Tuesday, November 21, 2006

Periksa PTK

Peperiksaan PTK makin dekat aku belum pun study apa-apa. Cuti sekolah ni celik mata saja kena masak tengahari kena masak lepas saja cuci pinggan kena masak lagi maklumlah anak ramai. Cuaca sebelah Pantai Timur ni mendung aja tiap-tiap hari ini membuat selera makan seguni beras tak sampai sebulan. Cuti sekolah bukan boleh bercuti atau berehat minggu depan kena mengajar tambahan. Akhir bulan ini cikgu pula akan di wajibkan belajar tambahan dan kemudian ada test... hai dunia..dunia ...bilalah aku boleh relax, tak nak fikir hal kerja.

Belajar buat blog

Hari ini kami sekeluarga belajar buat blog. Laki ambo Jurulatih ICT keiii.... Wah ! boleh kira jugak . hari ni belajar setakat tulis tajuk jee.... To be continue ...