Monday, June 4, 2007

Mahasitua USM



Pada 28 Mei lalu aku telah mendaftarkan diri sebagai mahasitua USM bersama lebih 1500 rakan yang seangkatan usia dengan ku, malah yang dalam kategori warga emas ada dalam lebih kurang 26 orang . Memang betul kata suami ku belajar dalam usia seperti aku memang sesuatu yang berbeza daripada keadaan aku belajar 20 tahun dulu dari segi fizikal dan emosi... Itulah pastinya cabaran yang bakal aku hadapi....Dan aku bertekad aku pasti boleh buat sebagai mana orang lain buat.
Belajar cara orang tua ni tak boleh serius sangat .... nanti cepat tension.. Sekarang ni musim cuti lagi tak terasa sangat terbeban dengan kerja sekolah dan kerja rumah... Bangun pagi selepas kemas-kemas rumah dan bersarapan dalam pukul 10 everything okay ... aku mula buka buku ..baca sikit-sikit...baca dua muka surat aku mula pening...alamak kena hafal semua ke...untuk persediaan intensif ni....aku tutup buku pegi siram bunga...sambil congak2 ai.. banyaknya modul aku kena baca..rasa agak tenang sikit aku sambung baca buku.. Sebelah petang lepas makan tengah hari rehat kejap sambil tunggu asar aku buka buku kejap