Thursday, December 28, 2006

Masuk periksa PTK

Hari ini aku menjalani peperiksaan PTK setelah 2 tahun berehat selepas lulus PTK kali pertama. Wah.. soalannya boleh tahan ...sepatutnya selepas 2 tahun berehat aku bersedialah untuk menghadapi peperiksaan..malangnya aku tidak sempat membuat persediaan sedikit pun...dan hari ini padan muka aku...tak boleh jawappp... tapi dalam hati masih berharap... aku nak lulusss...Insyaallah.

Thursday, December 21, 2006

Lawatan ke Langkawi

Dua tiga hari lepas sekolah aku telah mengadakan kursus peningkatan profesional di Langkawi. Ini adalah pengalaman pertama aku ke Langkawi. Melihat kawan-kawan aku begitu excited untuk membeli belah di sana aku telah berjanji dalam hati tidak akan tergoda dengan karenah mereka.
Malam 17 kami bertolak dari sekolah ke Kuala Perlis lebih kurang pukul 9.30 malam. Pukul 4.30 pagi sampai di jeti Kuala Perlis, sementara menunggu subuh kami lepak disitu sambil minum. Dalam pukul 7.30 kami menaiki feri ke Langkawi. Semasa berada di tengah laut tiba-tiba enjin feri terhenti... kami terdiam sejenak .. tiada benda lain yang terbayang di fikiranku wajah anak-anak yang bakal yatim dan suami yang bakal duda.
Dalam pukul 9 pagi sampai di Langkawi... check in.. terus keluar melawat tempat memproses minyak gamat... sebakul seorang membeli ubatan di kedai tu...lepas tu ke UnderWaterWorld memang berbaloi ke tempat ini..pelbagai jenis ikan dan haiwan lain seperti penguin, flamingo dan anjing laut dapat di lihat. Kemudian kami pergi ke cable car tapi dah tutup dalam pukul 3.00 sebab angin kuat.. terus ke PadangMaksirat. Malam ada taklimat kami semua keletihan sebab dari malam tadi tak tidur ramai yang tertidur...GB bengang je..GB tak kisah la dia datang naik flight petang tadi ...
Di pendekkan cerita esoknya kami di benarkan keluar secara bebas dari pagi sampai petang.Aku kagum dengan kawan-kawan bila sampai di bilik semua tak nampak jari.... yang datang dengan satu beg balik dengan tiga beg. Nasib baik aku masih boleh berpegang pada janji tak nak berbelanja yang bukan-bukan sedikit buah tangan untuk anak dan suami cukuplah.
Selama 3 hari 2 malam belum cukup untuk pusing satu Langkawi.

Tuesday, December 5, 2006

Belajar bahasa inggeris untuk guru etem

Hari ini merupakan sessi yang ketiga kami belajar bahasa inggeris di sekolah. Satu sessi berlansung selama 3 jam,tapi seronoknya belajar tak terasa dah tiga jam.Dari awal kelas hingga akhir kelas kami ketawa tak henti-henti ...rasa cukup enjoy belajar sebab semuanya bukan pandai bahasa inggeris grammarnya berterabur tapi sebab dalam spesis yang sama kami tak rasa tension sangat......
Tadi kami di arahkan untuk membina dialog .....maka terjadilah pelbagai dialog yang keluar.Selepas dialog di bualkan ada pula sessi soaljawap mengenai dialog. Apalagi masing-masing mengambil kesempatan untuk bertanya dengan tujuan mengenakan si anu dan tergagap-gagaplah kawan tu nak menjawabnya...dan berderailah ketawa kami sekelas.
Memanglah kebanyakannya di kalangan kami bukan tidak tahu berbahasa inggeris tapi malu untuk bertutur dan penguasaan vocab yang kurang menyebabkan kami lemah untuk berbahasa inggeris..
Aku rasa dengan mengikuti kelas ini adalah satu langkah yang baik walaupun pada awalnya kami semua tidak setuju dan rasa terbeban kerana tak dapat bercuti ....tapi aku rasa berbaloi...dan cukup seronok.