Saturday, June 19, 2010

Aku mabuk gulai


Cuti sekolah kali ini..betul-betul disambut meriah dengan suasana kenduri-kendara.... Tiap-tiap hari ada jemputan paling kurang dua jemputan sehari..

Setelah lima hari berturut-turut dapur rumah aku tak berasap....asyik makan gulai lembu saja...tiba-tiba pada hari yang keenam..... hari jumaat.... dapur rumahku masih juga tak berasap kerana ada tiga jemputan pada hari tu...

Sebelum jumaat aku konvoi ke tempat kenduri pertama...rumah Arni rakan seperjuanganku...adiknya yang kahwin...lepas jumaat ada dua tempat lagi..tapi tak kisah sangatlah sebab kedua-dua tempat dekat je dengan rumah aku lebih kurang tak sampai 1km dari rumah.

Lepas 'boss' balik dari masjid dia telah 'membantai' di kedua-dua tempat sebelum sampai ke rumah....Sekarang turn aku pulak....Niat aku nak makan sikit je..sebab ada lagi satu tempat ni....esh...esh...ada ulam-ulaman siap dengan budu pulak...wah..sedap pulak gulai dia....emmm petai..dengan budu...ish...pedas...sedappp..


Lepas kenyang 'membuntal' aku pun bercadang nak teruskan misi ke tempat terakhir...jumpa jiran yang lama tak jumpa..sembang jap...zash?...zupp..rasa darah naik ke kepala....peluh sejuk memercik..."ok makcik jumpa lagi"....

Aku terus menunggang motor kapcai aku dengan laju...makin lama aku rasa pandangan aku makin gelap...aku cuba membuka mata cinaku seluas mungkin...namun semakin gelap nafasku juga rasa makin pendek...apa yang aku nampak line putih dibahu jalan je...pandanganku makin kelam..aku makin sukar bernafas....Ya Allah biarlah aku sempat sampai dirumah....sebelum..apa-apa terjadi...sampai dirumah...dumm....aku jatuh...pengsannn...


Antara sedar dengan tidak aku mendengar keriuhan ahli keluarga....dan apabila aku benar-benar sedar aku rasa kaki dan tanganku sakit sangat....kakiku berdarah dan tanganku bengkak akibat jatuh....

Waa...aku mabuk gulai.......syukur....aku masih di beri kesempatan merasai nikmat...makan gulai lagi.....

Thursday, June 3, 2010

Esok cuti.....

Cuti penggal pertama akan bermula esok....bagi kami yang berada di zon timur......


















Yeee......cuti datang lagi.....


Sebenarnya hari cuti, apatah lagi jika cuti panjang apabila semua kaum kerabat yang terpenjara di hostel kembali ke taratak bonda......bagi yang bernama aku....cukup memenatkan..



Namun walaupun penat....fikiran lebih tenang apabila semuanya kembali berkumpul....











Masa ini juga aku akan bertukar profesion,,,,,,
























Paling merimaskan masa inilah juga ranking kenduri perkahwinan melonjak naik. Tiap-tiap hari sepanjang cuti 2 minggu ni ada jemputan. Dalam satu hari tu...ada 3 -4 jemputan. Mabuk gulailah....

Selamat pengantin baru.....dan selamat mendapat menantu kepada sahabat -sahabat yang akan menerima menantu terutama PK HEM Cikgu Ab.Rahman Sahom dan Cikgu Rahim Ya......