Saturday, April 17, 2010

peperiksaan

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan akhir ..Perjuangan aku yang terakhir untuk tahun ni.tahun depan,,dah masuk tahun akhir..horey..

Paper akhir aku 27 April ni merupakan paper yang begitu dirindui sebagai penamat..dan lepas tu...yea...wa dan bebas ...bebas terbang kesana sini..KB Mall, Tesco, Parkson, Mydin, Nirwana...


Setelah seminggu dua ni asyik kepit buku dan nota...
psstt......SEBENARNYA
Asal buka buku je...mata pun mulalah kuyu..menandakan kefahaman dan kekusyukkan yang mendalam.....dah tue le tu...

Buat semua teman-teman disemua pusat wilayah ,,,,,,Do your best...

Friday, April 9, 2010

Renungan buat insan sejenisku



Buat insan yang bernama wanita..


Mengapakah insan sejenis mu juga yang akan kau sakiti...apakah salah dan dosa insan sejenismu sehingga hatinya dilukai

Pernahkah kau terfikir andainya kau berada ditempatnya..apakah perasaanmu? Gembirakah kau...menangiskah kau...redhakah kau...


Duhai insan sejenisku usah digapai mimpi indah.. yang hanya bersemadi dalam ilusi kerana kenyataan tidak semudah dan seindah impian..jangan biarkan dirimu hanyut bersama mimpi indah justeru kau terjaga dari mimpimu..semuanya bakal hilang entah dimana..


Kewarasan fikiran seorang lelaki pastinya tidak akan menggadaikan sebuah realiti kehidupan untuk bersama mimpi yang belum pasti..apatah lagi kehidupan yang dimilikinya telah dipenuhi dengan rasa kasih dan cinta juga dengan kurniaan kilauan permata.

Monday, April 5, 2010

ke mana haluannya


........sambungan entry "aku dan esok'



Jantungku telah kembali normal setelah segalanya selesai dan aku pasrah dengan segala ketentuan Illahi...


Walaupun tidak dapat dinafikan aku juga merasa sedikit kecewa dengan keputusan SPMnya yang selama ini ku tunggu dengan penuh debaran namun aku masih bersyukur dengan kurniaanNYA.


Beberapa detik lagi aku akan ditinggalkanya....untuk meneruskan perjuangannya yang belum selesai...


Mak dan abah akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu 'puteriku '.