Monday, May 31, 2010
Sunday, May 30, 2010
Masih diMelaka
Friday, May 28, 2010
Uitm Melaka
Perjananan yang sepatutnya hanya mengambil masa satu setengah jam telah menjadi dua kali ganda.......mana taknya GPS pun pening bila kami selalu tersalah lorong untuk keluar dari KL... "Sila tetapkan destinasi anda"....
Tiba di UiTM dan Kak Ngah sedang membuat pendaftaran...
Suasananya agak lengang kerana pelajar bercuti ......
Setelah selesai pendaftaran ......kami beredar melawat asrama yang disediakan....
Thursday, May 27, 2010
Puteriku ke UiTM Melaka
Waktu kami bertolak cuaca agak suam-suam kuku....mega mendung menghiasi langit..menceriakan lagi suasana sepanjang
perjalanan...destinasi kami bermalam di Kinrara.
Puteri sulungku setia menunggu di Bukit Jalil.....dia pun sibuk nak ikut kami menghantar adiknya....
Kebetulan kat situ ada konsert artis-artis akdemi fantasia......layan konsert jap...ehh...ehh..Mawi dengan Ekin la.....eleh...tak mesra alamnya....
Antara aksi peserta akhir AF sebelum konsert akhir malam nanti...seorang pun aku tak kenal....tak ada auralah AF musim ni.....
Malamnya bermalam di Kinrara sambil menziarahi kulaan banjari sebelah suami.....
Wednesday, May 12, 2010
Cikguku masih cantik
Aku masih ingat cikgu 'ni 'mengajar aku di tahun 4, dia juga guru bola jaring sekolah...aku pada waktu itu 'gila' bola jaring. Sehinggalah aku berada di tingkatan 6 aku mula melupakan 'kegilaanku' itu,,,
Saturday, May 8, 2010
Lambaian kota bersejarah
InsyaAllah kami akan sampai disana menyambut lambaian kota
bersejarah..
Tuesday, May 4, 2010
Streamyx dah ok
Setelah lebih seminggu aku tak dapat termenung dan melayari alam tanpa hijab ini akibat kegatalan tangan-tangan nakal yang telah memotong kabel......akhirnya hari ini dah kembali ok..
Setelah merdeka dari belenggu peperiksaan akhirnya barulah aku boleh bernafas dengan tenang....dapur aku dah lama tak di usap...bersepah....biarlah aku pejam sebelah mata tiap kali berada di dapur...
Dengan hati yang lapang kini aku kembali menyarung jersi surirumah....melayani 'boss'...anak-anak disamping tugasan sekolah aku...
Merdekaaa.........