Monday, April 5, 2010

ke mana haluannya


........sambungan entry "aku dan esok'



Jantungku telah kembali normal setelah segalanya selesai dan aku pasrah dengan segala ketentuan Illahi...


Walaupun tidak dapat dinafikan aku juga merasa sedikit kecewa dengan keputusan SPMnya yang selama ini ku tunggu dengan penuh debaran namun aku masih bersyukur dengan kurniaanNYA.


Beberapa detik lagi aku akan ditinggalkanya....untuk meneruskan perjuangannya yang belum selesai...


Mak dan abah akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu 'puteriku '.


Thursday, March 11, 2010

hidup dan takdir


Langit tak selalu cerah...apakah langit yang tidak cerah itu bukan satu keindahan kurniaan

Azzawajalla. Pada ku langit cerah atau gelap bukanlah persoalannya...kerana semuanya adalah

ketentuanNYA, yang pastinya aku terimanya dengan redha...dan aku yakin disebalik

kesuraman warna langit mu akan melimpah sejuta keberkatan kerana apa jua kurniaanmu pasti

tersembunyi hikmah yang tak dapat ku gapai tanpa renungan dari mata hati..


Terimalah duhai jiwaku hidup kita tidak selalu indah......

Friday, February 19, 2010

aku dan esok

Sudah lama benar aku tidak mencoretkan sesuatu di laman maya ini..
Entahlah....
Semenjak dua menjak ni hati aku sering berdebar-debar ....dup..dup.. jantungku berdegup kencang....
Bahagiakah aku...redhakah aku....apakah penghujngnya kehidupan ini selepas aku kau tinggalkan ....
APAKAH AKAN BERLAKU SELEPAS INI?........TUNGGU......

Saturday, January 16, 2010

cermin mata


Benarkah kita memerlukan cermin mata?
Apakah benar cermin mata ini boleh mempengaruhi gaya hidup kita?
Apakah cermin matalah yang akan lebih menceriakan hidup kita sehari-hari?
Atau ia hanyalah sebagai satu trend bagi bagi segolongan insan yang mahukan suatu kelainan
dalam penampilan.....emmmm...entahlah.

Tuesday, November 17, 2009

SPM 2009

18 Nov...Esok adalah tarikh keramat pagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini...termasuklah puteriku yang kedua..Silmi..

Buat puteriku...mak dan abah sentiasa mendoakan semoga Imi ditenangkan hati, dilapangkan dada dan dibukakan minda.... dan dapat menjawab dengan baik..

Selamat menghadapi peperiksaan.......Semoga dikurniakan Allah sebuah kejayaan buat anakku..

Sunday, November 1, 2009

Happy birthday 2 u

Tup...tap...tup....tap rupanya sekolah dah nak cuti,,,dan era kegemilangan 2009 semakin pasti menuju titik muktamadnya.. Hari ni 1 Nov adalah hari ulangtahun ke 42...boss of our family..

He..he...sebenarnya aku lupa besday hubby hari ni,,,,dan dengan bahasanya yang tersirat hubby pun kata...buka blog....buka blog...

Apa pun semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki........emmm..... dan jangan terlupa diri....he.he..he..

Thursday, October 1, 2009

Streamyx dah ok

Semenjak dua menjak ni streamyx kat rumah aku dah kembali ok. Jadi rajinlah sikit aku termenung depan notebook ni.... untuk pengetahuan puteri-puteriku, abah dah belikan mak sebuah notebook baru... jangan jealousssss

Emm....cantik...