Dua tiga hari lepas sekolah aku telah mengadakan kursus peningkatan profesional di Langkawi. Ini adalah pengalaman pertama aku ke Langkawi. Melihat kawan-kawan aku begitu excited untuk membeli belah di sana aku telah berjanji dalam hati tidak akan tergoda dengan karenah mereka.
Malam 17 kami bertolak dari sekolah ke Kuala Perlis lebih kurang pukul 9.30 malam. Pukul 4.30 pagi sampai di jeti Kuala Perlis, sementara menunggu subuh kami lepak disitu sambil minum. Dalam pukul 7.30 kami menaiki feri ke Langkawi. Semasa berada di tengah laut tiba-tiba enjin feri terhenti... kami terdiam sejenak .. tiada benda lain yang terbayang di fikiranku wajah anak-anak yang bakal yatim dan suami yang bakal duda.
Dalam pukul 9 pagi sampai di Langkawi... check in.. terus keluar melawat tempat memproses minyak gamat... sebakul seorang membeli ubatan di kedai tu...lepas tu ke UnderWaterWorld memang berbaloi ke tempat ini..pelbagai jenis ikan dan haiwan lain seperti penguin, flamingo dan anjing laut dapat di lihat. Kemudian kami pergi ke cable car tapi dah tutup dalam pukul 3.00 sebab angin kuat.. terus ke PadangMaksirat. Malam ada taklimat kami semua keletihan sebab dari malam tadi tak tidur ramai yang tertidur...GB bengang je..GB tak kisah la dia datang naik flight petang tadi ...
Di pendekkan cerita esoknya kami di benarkan keluar secara bebas dari pagi sampai petang.Aku kagum dengan kawan-kawan bila sampai di bilik semua tak nampak jari.... yang datang dengan satu beg balik dengan tiga beg. Nasib baik aku masih boleh berpegang pada janji tak nak berbelanja yang bukan-bukan sedikit buah tangan untuk anak dan suami cukuplah.
Selama 3 hari 2 malam belum cukup untuk pusing satu Langkawi.
Thursday, December 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
TQ for the BlackStone cigars...fuh fuhh! cherry lagi.
Post a Comment