10 Disember aku selesai menjalani intensif di USM. Semasa intensif kami di kehendakki menghadiri kuliah dan juga peperiksaan yang kami namakan peperiksaan berterusan yang di selang-seli dengan kuliah sepanjang 3 minggu. Semasa di sanalah aku mengambil kesempatan membaca semua modul dan dan membuat ulangkaji sebab sebelum ni kalau kat rumah sibuk dengan kerja rumah dan kerja sekolah..jadi semasa di sana kami menggunakan sepenuh masa untuk belajar dan kalau tak ada kuliah kami kami keluar shopping kat Bukit Jambul, Queensbay,Komtar,Chowrostar dan lain-lain tempat membeli belah yang terkenal di Penang.
Untuk hilangkan' tension' otak jadi tepu banyak sangat yang nak di ingat untuk exam... paling tension dok asyik ingat nak balik rumah, aku mana ada pernah tinggalkan rumah sebegitu lama begini... rindu kat 'suami' dan anak-anak tak dapek nak di gamborkan.
Jumpa kawan-kawan lama semaktab paling mengembirakan. Aku jumpa dua orang kawan lama yang dah 17 tahun putus hubungan. Zainurin budak Johor dah tahun akhir(4) dan Zulkifly budak Pasir Mas baru tahun 2. Lain rasanya bila jumpa masing-masing dah tua, teringat masa zaman mudo-mudo dulu..kat maktab...indahnya kenangan itu..
Nie..asigment ada 3 lagi yang tak siap.. exam akhir bulan April...aduh pening...
Wednesday, December 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment