Wednesday, November 17, 2010

Selamat hari raya Aidil Adha.


Seperti tahun-tahun yang lepas bila mana pada hari raya Aidil Fitri aku balik ke kampung suami di Perak .......maka pada pada hari raya Aidil Adhalah aku berpeluang untuk menziarahi pusara ayahku...
Arwah ayahku telah meninggal 16 tahun yang lalu...ketika aku melahirkan anak ku yang ke3.....Walau pun qadaq dan qadar adalah adalah ketentuan Allah...namun kekadang terdetik di sudut hati....mengapa terlalu cepat ayah pergi...sebelum sempat aku melunaskan tanggung jawab aku sebagai seorang anak....
Al-Fatihah...semoga dilapangi tanah kuburnya,semoga diterangi tanah kuburnya...dan semoga rohnya bersama-sama orang yang beriman...aminnn....

Monday, November 15, 2010

Aku tumpang gembira


































Peperiksaan UPSR tahun ini merupakan satu sejarah baru bagi sekolah aku...walaupun pencapaian 5A tidaklah seramai sekolah-sekolah elit....tetapi sebagai sebuah sekolah diluar bandar yang 70% muridnya adalah anak nelayan....(sekolah tepi Pantai Irama )....
26 murid mendapat 5A berbanding 13 tahun lepas.....cukup membanggakan kami warga pendidik...Guru Besau asyik tersenyum.....

Dan sebagai meraikan kejayaan itu seekor lembu telah dijadikan korban walaupun raya korban dua hari lagi....

Monday, November 1, 2010

Sekolah Sofia banjir

Sehari dua ni hujan turun tak henti-henti....orang kelate kata 'uje tak celik mata" maknanya tak nampak cahaya mentari kerana cuaca yang sentiasa gelap dengan hujan yang tak reda..kejap lebat kejap perlahan...


Pagi tadi..sepanjang perjalanan ke sekolah hujan turun dengan lebat...aku bagaikan pemandu yang tergantung L ...bila memandu dalam hujan di tambah pula silau lampu...






Air mula penuh dijalan raya....aku memandu dengan hati yang berdebar....takut enjin kereta mati .....

Balik dari sekolah aku lihat Sofia yang bersekolah sessi petang masih ada kat rumah....lengkap dengan pakaian sekolah.


"Ya tak gi sekolah ke?"....


"Sekolah Ya banjir mak,....sampai kat sekolah semua kawan-kawan Ya balik semula".

"...Eh,..hari ni kan peksa akhir tahun..." aku kuatkan suara..."macam mana suka-suka je balik pula ni...

Aku yang tak puas hati dengan jawapan 'baby tuaku'....."Hello betulkah sekolah Sofia banjir?"

"Air dalam kelas dah sampai kat lulut.....macam mana nak belajar...jaga tak bagi masuk dia suruh balik"...... kata adikku yang mempunyai anak sebaya Sofia....


............... emmm bunga-bunga musim tengkujuh sudah mula berputik ....