Sehari dua ni hujan turun tak henti-henti....orang kelate kata 'uje tak celik mata" maknanya tak nampak cahaya mentari kerana cuaca yang sentiasa gelap dengan hujan yang tak reda..kejap lebat kejap perlahan...
Pagi tadi..sepanjang perjalanan ke sekolah hujan turun dengan lebat...aku bagaikan pemandu yang tergantung L ...bila memandu dalam hujan di tambah pula silau lampu...
Air mula penuh dijalan raya....aku memandu dengan hati yang berdebar....takut enjin kereta mati .....
Balik dari sekolah aku lihat Sofia yang bersekolah sessi petang masih ada kat rumah....lengkap dengan pakaian sekolah.
"Ya tak gi sekolah ke?"....
"Sekolah Ya banjir mak,....sampai kat sekolah semua kawan-kawan Ya balik semula".
"...Eh,..hari ni kan peksa akhir tahun..." aku kuatkan suara..."macam mana suka-suka je balik pula ni...
Aku yang tak puas hati dengan jawapan 'baby tuaku'....."Hello betulkah sekolah Sofia banjir?"
"Air dalam kelas dah sampai kat lulut.....macam mana nak belajar...jaga tak bagi masuk dia suruh balik"...... kata adikku yang mempunyai anak sebaya Sofia....
............... emmm bunga-bunga musim tengkujuh sudah mula berputik ....
No comments:
Post a Comment