Friday, August 17, 2007

Laptop baru


PIKOM PC Fair.... Kota Bharu


Selama ini syukur kerana Kementerian Pelajaran telah membekalkan laptop kepada guru-guru. Sejak beberapa tahun yang lalu aku menggunakan laptop Dell yang ada cop "Hak Milik Kerajaan Malaysia" tu.

Setelah 5 tahun laptop itu berjasa membantu kerja-kerja aku baik di dalam kelas atau di luar kelas...... laptop tu sekarang ni dah mula 'buat hal'

Modem wireless pun tak ada... bila nak online terpaksalah tarik kabel dari modem kat luar, sedangkan hubby dah pasang wireless modem. Semakin lama 'beraso' semakin payah...

Hubby sudah beberapa kali kata... beli je lah laptop baru.. laptop sendiri... senang! Kekadang tu rasa 'waaa' jugok bila hubby 'menyohor' laptop dia yang boleh akses internet di mana-mana sahaja di rumah kami.

Kebetulan pulak minggu ni ada PC fair di KB Mall...... malam tadi dah tinjau-tinjau. Dengan nasihat daripada hubby.... maka aku belilah laptop HP Compaq Presario ni (yang sebenarnya... ni salah satu laptop impian dia, tu yang 'menyunguh' sangat tu...... hehehe!) Dah hubby kata laptop ni yang terbaik berbanding dengan yang lain.... aku terima sahaja la, kerana dia lebih maklum dalam hal ni..... dia JU ICT JPN katakann......
Laptop baruku.... Compaq Presario V3521TU


No comments: