Monday, August 20, 2007

Temujanji terakhir

Hari ini aku mengunjungi HUSM seperti apointment yang lalu....bila nak buat pendaftaran
..hari ini tak bawa lagi ke GL?....Sori lah Cik saya tak ingat...Ini dah kali ke 5 puan..... minta
maaflah Cik Insyaallah lain kali saya akan bawa. Lepas tu masuk Klinik O&G letak kad tunggu
giliran jumpa doktor..aku orang yang ke tiga. Sebelum masuk bilik doktor, nurse panggil untuk
timbang berat badan 59.2 kg. Bilalah badan aku nak naik....

Jumpa doktor .... Puan dah sihat ...dah mengandung ke?..nak mengandung lagi
ke?...berapa umur puan? kalau puan mengandung dalam usia macam ni..bla..bla...dan ini adalah temu janji terakhir puan.. kalau ada apa-apa masalah selepas ini puan boleh pergi ke klinik yang terdekat.

Alhamdulilah aku dah sihat...setelah lebih 2 tahun aku terpaksa berulak-alik ke HUSM selepas aku di sahkan molar (mengandung anggur).

Terima kasih kepada semua doktor-doktor dan semua kakitangan HUSM Kubang Kerian yang begitu perihatin semasa saya mendapat rawatan di situ....

No comments: