Saturday, May 14, 2011
Saturday, April 9, 2011
Wednesday, November 17, 2010
Selamat hari raya Aidil Adha.
Seperti tahun-tahun yang lepas bila mana pada hari raya Aidil Fitri aku balik ke kampung suami di Perak .......maka pada pada hari raya Aidil Adhalah aku berpeluang untuk menziarahi pusara ayahku...
Arwah a
yahku telah meninggal 16 tahun yang lalu...ketika aku melahirkan anak ku yang ke3.....Walau pun qadaq dan qadar adalah adalah ketentuan Allah...namun kekadang terdetik di sudut hati....mengapa terlalu cepat ayah pergi...sebelum sempat aku melunaskan tanggung jawab aku sebagai seorang anak....
Al-Fatihah...semoga dilapangi tanah kuburnya,semoga diterangi tanah kuburnya...dan semoga rohnya bersama-sama orang yang beriman...aminnn....
Monday, November 15, 2010
Aku tumpang gembira






Peperiksaan UPSR tahun ini merupakan satu sejarah baru bagi sekolah aku...walaupun pencapaian 5A tidaklah seramai sekolah-sekolah elit....tetapi sebagai sebuah sekolah diluar bandar yang 70% muridnya adalah anak nelayan....(sekolah tepi Pantai Irama )....
26 murid mendapat 5A berbanding 13 tahun lepas.....cukup membanggakan kami warga pendidik...Guru Besau asyik tersenyum.....
Dan sebagai meraikan kejayaan itu seekor lembu telah dijadikan korban walaupun raya korban dua hari lagi....
Monday, November 1, 2010
Sekolah Sofia banjir
Sehari dua ni hujan turun tak henti-henti....orang kelate kata 'uje tak celik mata" maknanya tak nampak cahaya mentari kerana cuaca yang sentiasa gelap dengan hujan yang tak reda..kejap lebat kejap perlahan...
Pagi tadi..sepanjang perjalanan ke sekolah hujan turun dengan lebat...aku bagaikan pemandu yang tergantung L ...bila memandu dalam hujan di tambah pula silau lampu...

Air mula penuh dijalan raya....aku memandu dengan hati yang berdebar....takut enjin kereta mati .....
Balik dari sekolah aku lihat Sofia yang bersekolah sessi petang masih ada kat rumah....lengkap dengan pakaian sekolah.
"Ya tak gi sekolah ke?"....
"Sekolah Ya banjir mak,....sampai kat sekolah semua kawan-kawan Ya balik semula".
"...Eh,..hari ni kan peksa akhir tahun..." aku kuatkan suara..."macam mana suka-suka je balik pula ni...
Aku yang tak puas hati dengan jawapan 'baby tuaku'....."Hello betulkah sekolah Sofia banjir?"
"Air dalam kelas dah sampai kat lulut.....macam mana nak belajar...jaga tak bagi masuk dia suruh balik"...... kata adikku yang mempunyai anak sebaya Sofia....

............... emmm bunga-bunga musim tengkujuh sudah mula berputik ....
Sunday, October 31, 2010
Yee..bola menang.....aku dapat cuti...
Pagi ini hujan turun renyai-renyai....emm..bestnya kalu masih boleh berkubang atas katil..namun kerana amanah yang dipikul ....kami meneruskan rutin biasa..sebagai rakyat jelata kerajaan Malaysia....
Bila aku keluar saja dari halaman rumah...suasana dijalan raya aman damai...dih
iasi titisan hujan menyuramkan suasana pagi....
Aku melintasi sebuah sekolah rendah...aiii..sunyi je...aku melihat ada seorang dua murid sekolah sedang berjalan kaki menuju ke sekolah....
Aku meneruskan perjalanan...melintasi pula sebuah sekolah menengah...aii..sini tak nampak kelibat seorang murid pun apatah lagi guru....aku berhentikan kereta...cuti ke apa ni?...
Untuk kepastian aku call pk 1 ....."La kau tak tahu ke lepas bola menang malam tadi...dia bagi kelantan cuti'.....
Kah..kah..cuti..rupanya....

Tahniah..... RED WARRIOR...
kerana telah BERJAYA menjulang piala Malaysia....dan paling penting telah turut menghadiahkan cutiiii...untuk rakyat Kelantan..
Dannn...pada hari khamis ni...4 hb rakyat Kelantan akan menikmati satu hari lagi cuti....
sempena pilihanraya di Galas....
Bila aku keluar saja dari halaman rumah...suasana dijalan raya aman damai...dih
iasi titisan hujan menyuramkan suasana pagi....Aku melintasi sebuah sekolah rendah...aiii..sunyi je...aku melihat ada seorang dua murid sekolah sedang berjalan kaki menuju ke sekolah....
Aku meneruskan perjalanan...melintasi pula sebuah sekolah menengah...aii..sini tak nampak kelibat seorang murid pun apatah lagi guru....aku berhentikan kereta...cuti ke apa ni?...
Untuk kepastian aku call pk 1 ....."La kau tak tahu ke lepas bola menang malam tadi...dia bagi kelantan cuti'.....
Kah..kah..cuti..rupanya....

Tahniah..... RED WARRIOR...
kerana telah BERJAYA menjulang piala Malaysia....dan paling penting telah turut menghadiahkan cutiiii...untuk rakyat Kelantan..
Dannn...pada hari khamis ni...4 hb rakyat Kelantan akan menikmati satu hari lagi cuti....
sempena pilihanraya di Galas....
Friday, October 29, 2010
telefonku
Telefon bukan lagi satu satu barang mewah malah ia adalah merupakan satu barang keperluan yang penting pada masa ini....kalu kemana-mana tanpa membawa telefon rasanya macam tak lengkap...macam tak bawa dompet atau tertinggal IC...tarafnya lebih kurang begitulah...
Namun perlu ATAU haruskah kita memiliki sebuah telefon mahal dan up 2 date....pada aku telefon itu biarlah berpadanan dengan keperluan...
Bagi aku telefon adalah sekadar untuk menghantar sms dan membuat panggilan je....maka biarlah aku terus pakai model zaman jepun ni...walaupun kekadang telefon budak sekolah lebih canggih dari telefon aku....Aiman tak kisah...
Subscribe to:
Posts (Atom)

