Monday, December 31, 2007

Puteri ku ke PLKN




30 Disember anakku telah ke PLKN di Damai Resort Merbok Kedah. Pukul 8.00 pagi bertolak ke Pengkalan Chepa untuk pendaftaran..sampa-sampai jalan dah jem..kami sekeluarga berjalan kaki 500 meter sambil mengheret beg besar..bila tiba di khemah pendaftaran keadaan bersesak-sesak pakat nak daftar dulu...ibu bapa dan keluarga kelihatan sabar menunggu walaupun hari panas untuk melihat anak-anak mereka bertolak dengan selamat

Walaupun berat hati untuk melepaskan kakak pergi, mak dan abah iringkan doa semoga kakak tabah dan berani mengharungi kehidupan di sana. Semoga di lindungi Allah sentiasa dan di permudahkan segala kerja buat... mak dan abah harap pandai-pandailah jaga diri...

Thursday, December 27, 2007

Hari ini dalam sejarah

27 Disember sambutan ulangtahun puteri sulungku yang ke 17 ...Happy birthday to you....happy birthday to kakak...semoga selamat panjang umur dan di murahkan rezeki..



Hari ini juga hari yang menggembirakan bagi kami sekeluarga khasnya puteri kedua ku kerana hari ini result PMRnya telah di umumkan dan telah memperolehi keputusan 8A..Tahniah buat kak Ngah..terima kasih kepada semua tenaga pengajar SMSTMFP ...

Wednesday, December 12, 2007

Kursus Intensif di kampus USM

10 Disember aku selesai menjalani intensif di USM. Semasa intensif kami di kehendakki menghadiri kuliah dan juga peperiksaan yang kami namakan peperiksaan berterusan yang di selang-seli dengan kuliah sepanjang 3 minggu. Semasa di sanalah aku mengambil kesempatan membaca semua modul dan dan membuat ulangkaji sebab sebelum ni kalau kat rumah sibuk dengan kerja rumah dan kerja sekolah..jadi semasa di sana kami menggunakan sepenuh masa untuk belajar dan kalau tak ada kuliah kami kami keluar shopping kat Bukit Jambul, Queensbay,Komtar,Chowrostar dan lain-lain tempat membeli belah yang terkenal di Penang.

Untuk hilangkan' tension' otak jadi tepu banyak sangat yang nak di ingat untuk exam... paling tension dok asyik ingat nak balik rumah, aku mana ada pernah tinggalkan rumah sebegitu lama begini... rindu kat 'suami' dan anak-anak tak dapek nak di gamborkan.

Jumpa kawan-kawan lama semaktab paling mengembirakan. Aku jumpa dua orang kawan lama yang dah 17 tahun putus hubungan. Zainurin budak Johor dah tahun akhir(4) dan Zulkifly budak Pasir Mas baru tahun 2. Lain rasanya bila jumpa masing-masing dah tua, teringat masa zaman mudo-mudo dulu..kat maktab...indahnya kenangan itu..

Nie..asigment ada 3 lagi yang tak siap.. exam akhir bulan April...aduh pening...

Monday, November 12, 2007

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Hari yang mendebarkan... anak aku yang sulong telah menduduki peperiksaan hari ini..Dari jauh ku panjatkan doa semoga di tenangkan hatinya di lapangkan dadanya dan dapat menjawab soalan dengan baik. Selamat berjaya buat anakku SHABIRAH.....

Wednesday, October 31, 2007

KURSUS INTENSIF

Hari ini jadual kelas intensif aku di kampus induk USM telah selamat sampai di tangan . Bermula 20 Nov hingga 10 Disember..tiga minggu tu.. Setelah itu aku highlight untuk pastikan ada tak hari yang tak ada kuliah atau peperiksaan supaya aku dapat cau tanpa menuang kuliah.

Hai...pergi pun belum lagi ...tapi dah siap pakat dengan gang ....nak tempah tiket bas atau flight supaya dapat balik sekejap pada hari yang tiada kuliah...macam inilah kalau dah tua baru nak belajar...walau dimana sekalipun berada keluargalah yang paling di utamakan.

Monday, October 29, 2007

Lambaian Pulau Mutiara

Pulau Mutiara melambai lagi...menggamit pelbagai emosi... merubah pelbagai situasi..November ku nanti bersama debar di sudut hati....

Sunday, September 2, 2007

Esok Peperiksaan UPSR

Esok Isnin adalah detik yang mendebarkan bagi murid tahun 6 dimana segala ranjau duri...usaha.....penat.... lelah akan dapat dibuktikan pada guru dan ibubapa mulai esok selama tiga hari..... adalah perjuangan terakhir mereka...'buat molek deh esok'....pesanan terakhir guru...semasa majlis penyerahan ilmu pagi tadi...kelihatan masing-masing menitiskan airmata semasa bermaafan dengan guru-guru...kepada semua pelajar yang akan mengambil UPSR esok ...Selamat Berjaya...Semoga mendapat kejayaan ...kebanggaan ibubapa dan guru...

Friday, August 31, 2007



Monday, August 20, 2007

Temujanji terakhir

Hari ini aku mengunjungi HUSM seperti apointment yang lalu....bila nak buat pendaftaran
..hari ini tak bawa lagi ke GL?....Sori lah Cik saya tak ingat...Ini dah kali ke 5 puan..... minta
maaflah Cik Insyaallah lain kali saya akan bawa. Lepas tu masuk Klinik O&G letak kad tunggu
giliran jumpa doktor..aku orang yang ke tiga. Sebelum masuk bilik doktor, nurse panggil untuk
timbang berat badan 59.2 kg. Bilalah badan aku nak naik....

Jumpa doktor .... Puan dah sihat ...dah mengandung ke?..nak mengandung lagi
ke?...berapa umur puan? kalau puan mengandung dalam usia macam ni..bla..bla...dan ini adalah temu janji terakhir puan.. kalau ada apa-apa masalah selepas ini puan boleh pergi ke klinik yang terdekat.

Alhamdulilah aku dah sihat...setelah lebih 2 tahun aku terpaksa berulak-alik ke HUSM selepas aku di sahkan molar (mengandung anggur).

Terima kasih kepada semua doktor-doktor dan semua kakitangan HUSM Kubang Kerian yang begitu perihatin semasa saya mendapat rawatan di situ....

Sunday, August 19, 2007

Lawatan ke Langkawi

Ini adalah restoran tempat kami soru...hari-hari masa di
Langkawi.









Semasa mengunjungi UnderWater World.
Terpegun dengan kekuasaan Illahi.....

Friday, August 17, 2007

Laptop baru


PIKOM PC Fair.... Kota Bharu


Selama ini syukur kerana Kementerian Pelajaran telah membekalkan laptop kepada guru-guru. Sejak beberapa tahun yang lalu aku menggunakan laptop Dell yang ada cop "Hak Milik Kerajaan Malaysia" tu.

Setelah 5 tahun laptop itu berjasa membantu kerja-kerja aku baik di dalam kelas atau di luar kelas...... laptop tu sekarang ni dah mula 'buat hal'

Modem wireless pun tak ada... bila nak online terpaksalah tarik kabel dari modem kat luar, sedangkan hubby dah pasang wireless modem. Semakin lama 'beraso' semakin payah...

Hubby sudah beberapa kali kata... beli je lah laptop baru.. laptop sendiri... senang! Kekadang tu rasa 'waaa' jugok bila hubby 'menyohor' laptop dia yang boleh akses internet di mana-mana sahaja di rumah kami.

Kebetulan pulak minggu ni ada PC fair di KB Mall...... malam tadi dah tinjau-tinjau. Dengan nasihat daripada hubby.... maka aku belilah laptop HP Compaq Presario ni (yang sebenarnya... ni salah satu laptop impian dia, tu yang 'menyunguh' sangat tu...... hehehe!) Dah hubby kata laptop ni yang terbaik berbanding dengan yang lain.... aku terima sahaja la, kerana dia lebih maklum dalam hal ni..... dia JU ICT JPN katakann......
Laptop baruku.... Compaq Presario V3521TU


Tuesday, August 7, 2007

Kursus SPBT

Aku diarahkan untuk berkursus di YT Midtown Trengganu pada minggu depan....kursus?..boringnya.Kursus mengenai buku teks pulak tu... Hubby aku dok kursus kat Langkawi belum balik lagi ...aku pulak kena pegi kursus...nampak gayanya dari senarai nama yang tercatat hanya 5 orang guru dari daerah aku yang 'bernasib baik' terpilih mengikuti kursus tersebut...
Buat guru-guru yang yang akan ke YTMidtown minggu depan jom kita pakat beli telur penyu dan kain batik.

Sunday, August 5, 2007

Punch Card

Minggu lepas sekolah aku mula menggunakan sistem punch card untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Haru beb... aku terpaksa bertolak dari rumah pukul 6.45 pagi walaupun jarak ke sekolah hanya 15 km...mesti sampai sebelum 7.30 pagi..lewat 1 minit je merah le..jawabnya...Walaupun kelas bermula 7.45 tapi guru besar kami mahukan semua anak buahnya sampai awal ke sekolah.
Agak nya sekolah aku adalah sekolah pertama dalam daerah ni yang gunakan punchcard dan aku adalah antara orang yang tinggal paling jauh dari sekolah..kalau terlewat melayang lah rasanya kereta tu aku pecut.. Kawan-kawan hubby ada report kata aku bawa kereta laju...relax 'Yang' awal pagi jalanraya tak berapa sibuk bolehlah bawa laju sikit.
Entah apalah agaknya rasional guru besar gunakan sistem punh card....walau apapun kami sahut cabaran GB supaya kami sampai awal ke sekolah.....bravo....

Monday, June 4, 2007

Mahasitua USM



Pada 28 Mei lalu aku telah mendaftarkan diri sebagai mahasitua USM bersama lebih 1500 rakan yang seangkatan usia dengan ku, malah yang dalam kategori warga emas ada dalam lebih kurang 26 orang . Memang betul kata suami ku belajar dalam usia seperti aku memang sesuatu yang berbeza daripada keadaan aku belajar 20 tahun dulu dari segi fizikal dan emosi... Itulah pastinya cabaran yang bakal aku hadapi....Dan aku bertekad aku pasti boleh buat sebagai mana orang lain buat.
Belajar cara orang tua ni tak boleh serius sangat .... nanti cepat tension.. Sekarang ni musim cuti lagi tak terasa sangat terbeban dengan kerja sekolah dan kerja rumah... Bangun pagi selepas kemas-kemas rumah dan bersarapan dalam pukul 10 everything okay ... aku mula buka buku ..baca sikit-sikit...baca dua muka surat aku mula pening...alamak kena hafal semua ke...untuk persediaan intensif ni....aku tutup buku pegi siram bunga...sambil congak2 ai.. banyaknya modul aku kena baca..rasa agak tenang sikit aku sambung baca buku.. Sebelah petang lepas makan tengah hari rehat kejap sambil tunggu asar aku buka buku kejap

Sunday, March 4, 2007

Khabar terkini

Hai .... lama benar dah tak mengadap PC.. sibuk dengan tugas-tugas harian ... sempat jugak buat part time sebagai juru taip hubby... kesian melihatnya menaip sampai pagi menyiapkan senarai nama entah berapa ribu. Hai.. berapa agaknya .... ganjaran yang bakal aku terima.. dapat tukar handphone baru jadi le..he..he...
Yalah..dapat juga mengubat hati ini yang kecewa....uuh.. aku gagal dalam peperiksaan PTK. Masa ujian aku confident benar aku dapat buat..rasanya semua soalan aku dapat jawab.. tapi itulah hakikatnya kalau tak study.. jangan pandang mudah.. Semua rakan seangkatan aku TK3 tak lulus .... tunggulah tahun ni pulak..kalau ada rezeki .
Tahun ni..kita di beri pilihan nak ambil periksa bulan Jun atau Ogos.. awal tu! ...biasa bulan Disember.. sempat ke nak study?
Dengar khabar time based akan di beri selepas 15 tahun berkhidmat...kalau dulu selepas 10 tahun berkhidmat..Mungkin sebab dua tahun lepas ramai sangat dapat time based yang lebih dari 10 tahun dengan keputusan PTK 3-3. Nasib baiklah aku dah dapat.. kalau tidak sampai tualah baru dapat DG 32.

Tuesday, January 2, 2007

Hari pertama persekolahan

Hari ini hari pertama persekolahan bagi negeri di pantai timur. Keadaan sekolah agak sibuk maklumlah ibu bapa masing-masing kalut nak bayar yuran.Di sebabkan hujan sudah mula turun di awal pagi maka ibu bapa terpaksa menghantar anak masing-masing sampai ke kelas.
Aku kasihan melihat guru-guru tahun satu masing-masing merungut melihat gelagat ibu bapa yang tak sangup meninggalkan anak jauh sikit dari pandangan mereka, ibu bapa asyik dok menempel di tepi kelas. Anak tak ada yang menangis tapi ibu bapa yang masih tak percaya pada cikgu untuk meninggalkan anak mereka..ini membuatkan cikgu rasa tak selesa untuk menjalankan tugas mereka.
Kelas aku tahun ni nampak ok..murid-murid nampak ceria dan bersemangat untuk belajar. Ada seorang murid perempuan asyik tidur dalam kelas.. kawan-kawannya cakap memang begitulah stailnya. Dekat tengahari baru dia bangun walaupun setiap hari dia di kejut oleh cikgunya dia tak akan bangun selagi tak puas tidur.Ini gara-gara tidur lambat kuat tengok TV.
Aku harap tahun ni dia akan ubah perangai lamanya itu...

Hari pertama persekolahan

Hari ini hari pertama persekolahan bagi negeri di pantai timur. Keadaan sekolah agak sibuk maklumlah ibu bapa masing-masing kalut nak bayar yuran.Di sebabkan hujan sudah mula turun di awal pagi maka ibu bapa terpaksa menghantar anak masing-masing sampai ke kelas.
Aku kasihan melihat guru-guru tahun satu masing-masing merungut melihat gelagat ibu bapa yang tak sangup meninggalkan anak jauh sikit dari pandangan mereka, ibu bapa asyik dok menempel di tepi kelas. Anak tak ada yang menangis tapi ibu bapa yang masih tak percaya pada cikgu untuk meninggalkan anak mereka..ini membuatkan cikgu rasa tak selesa untuk menjalankan tugas mereka.
Kelas aku tahun ni nampak ok..murid-murid nampak ceria dan bersemangat untuk belajar. Ada seorang murid perempuan asyik tidur dalam kelas.. kawan-kawannya cakap memang begitulah stailnya .Dekat tengahari baru dia bangun walaupun setiap hari dia di kejut oleh cikgunya dia tak akan bangun selagi tak puas tidur.Ini gara-gara tidur lambat kuat tengok TV.
Aku harap tahun ni dia akan ubah perangai lamanya itu...