Sunday, October 31, 2010

Yee..bola menang.....aku dapat cuti...

Pagi ini hujan turun renyai-renyai....emm..bestnya kalu masih boleh berkubang atas katil..namun kerana amanah yang dipikul ....kami meneruskan rutin biasa..sebagai rakyat jelata kerajaan Malaysia....


Bila aku keluar saja dari halaman rumah...suasana dijalan raya aman damai...dihiasi titisan hujan menyuramkan suasana pagi....



Aku melintasi sebuah sekolah rendah...aiii..sunyi je...aku melihat ada seorang dua murid sekolah sedang berjalan kaki menuju ke sekolah....



Aku meneruskan perjalanan...melintasi pula sebuah sekolah menengah...aii..sini tak nampak kelibat seorang murid pun apatah lagi guru....aku berhentikan kereta...cuti ke apa ni?...

Untuk kepastian aku call pk 1 ....."La kau tak tahu ke lepas bola menang malam tadi...dia bagi kelantan cuti'.....

Kah..kah..cuti..rupanya....



Tahniah..... RED WARRIOR...

kerana telah BERJAYA menjulang piala Malaysia....dan paling penting telah turut menghadiahkan cutiiii...untuk rakyat Kelantan..

Dannn...pada hari khamis ni...4 hb rakyat Kelantan akan menikmati satu hari lagi cuti....
sempena pilihanraya di Galas....

Friday, October 29, 2010

telefonku

Telefon bukan lagi satu satu barang mewah malah ia adalah merupakan satu barang keperluan yang penting pada masa ini....kalu kemana-mana tanpa membawa telefon rasanya macam tak lengkap...macam tak bawa dompet atau tertinggal IC...tarafnya lebih kurang begitulah...

Namun perlu ATAU haruskah kita memiliki sebuah telefon mahal dan up 2 date....pada aku telefon itu biarlah berpadanan dengan keperluan...

Bagi aku telefon adalah sekadar untuk menghantar sms dan membuat panggilan je....maka biarlah aku terus pakai model zaman jepun ni...walaupun kekadang telefon budak sekolah lebih canggih dari telefon aku....Aiman tak kisah...




Sunday, October 24, 2010

Aminah bonda Muhammad SWA


Pertama kali aku aku menatap buku ini disebuah kedai buku terus jari jemari ini membelek-belek isi kandungannya...

Aku lantas membayar harganya....
Dalam masa dua hari aku telah khatam dari muka pertama hingga muka surat terakhir...Dalam masa dua hari ini aku telah mengenal siapa Aminah bonda nabi junjugan kita..

Kalau selama ini kita selalu mendengar kanak tadika menyanyi...dan menyebut nama ibu dan ayah nabi Muhammad.....dan kita hanya membaca kisah-kisah nabi dari kecil sehingga baginda wafat....namun kita tidak mengenal siapa Aminah sebenar...tentulah beliau bukan calang-calang wanita yang dipilih...untuk menjadi bonda Nabi Muhammad S.W.A.

Perjalanan hidupnya yang sarat dengan ranjau dan terlalu lama memendam perasaan rindu kepada suami tercinta.....suaminya Abdullah telah meninggalkanya disaat cinta baru berputik....
Baru kahwin 18 hari....suami pergi tak kembali lagi..

Air mata menitis tanpa disedari....apabila menyelami perasaan rindu seorang isteri pada suami yang telah pergi..dan meneruskan hari-hari yang mendatang tanpa suami yang dikasihi.

Thursday, October 21, 2010

skype

Sudah lebih sebulan puteriku berdagang dirantau orang.....baru sebulan?...eii ..rasa macam dah berbulan-bulan kami berpisah..

Kakak kerap menelefon bertanya khabar...bila dia menefon aku tak bagi dia bersembang panjang bimbang nanti banyak duit dihabiskan untuk to4 je....

Sofia sedang bersembang dengan kakaknya yang memberikan nama timangan 'butak''


Kini kami boleh berbual panjang secara percuma dengan Skype malah kami boleh melihat wajah masing-masing dengan jelas...kalau sebelum ni aku hanya boleh mendengar suara yang sebak je..tapi kini aku juga dapat melihat jejari halusnya menari-nari dipipi mengesat air mata...

Wednesday, October 20, 2010

Terapi minda




Mencari ketenangan sambil bermonolog dalam diri.... Cuba melupakan peristiwa kelmarin....siapalah aku....aku tidak mahu jadi manusia pendendam...





Berbual-bual dengan pokok orkidku...kasihan kau orkid pasumu yang kecil belum diganti tuanmu...


Melihat warna bunganya yang berseri membangkitkan rasa riang
dalam hati....

Tuesday, October 19, 2010

Siapalah aku untuk mengatakan tidak


Telefon berdering... Hello.. Su ke ni? ah...dah terima ka surat kursus? Belum...bila? emm..bla..bla......


Aku mencongak dalam hati....itu tarikh hubby aku juga berkursus...tiga hari...aik sama je tarikhnya tapi tempatnya lain-lain..Kalau aku dan hubby kursus serentak macam mana anak-anak aku....macam mana dia orang nak gi sekolah...macam mana makan pakai 'baby tua' aku.....Siapalah nak uruskan Sofia....


Esoknya aku jumpa GB dan menyatakan masalah aku...kalau boleh aku nak minta orang lain gantikan tempat aku....Kursus ni atas nama awak...bla..bla...awak tinggallah anak-anak awak kat rumah saudara mara awak...bla..bla...


Emm..sayu rasa hati mendengar penjelasan yang tiada bernada simpati atau sekadar memahami naluri resah seorang ibu yang akan meninggalkan anak-anak dalam keadaan tidak terurus.... namun siapalah aku untuk membantah arahan seorang yang bernama bossss....

Saturday, October 16, 2010

Rukun ke 5




Musim haji tiba lagi....melengkapkan rukun Islam ke 5 bagi yang mampu...



Tahun ini ada beberapa orang rakan sejawatku yang telah dan akan berangkat ke tanah suci... Semoga dapat menjalankan ibadah haji dengan baik dan memperolehi haji yang mabrur..
Bagi yang baru nak mendaftar tahun ini...anda akan mendapat koata tahun 2030....mak aaai...20 tahun lagi tu..lamanya....
Kepada yang belum mendaftar jom kita daftar...




Saturday, October 2, 2010

Aku masih wujud


Yeah...aku telah kembali ke laman sesawang...


Setelah berhempas pulas aku merajuk...akhirnya aku telah dianugerahkan sebuah laptop yang telah pudar keayuan wajahnya oleh hubbyku...bahagian tepinya menampakkan 'kelamaan' perkhidmatanya.....namun sebagai hamba yang selalu bersyukur.. aku tetap berterima kasih...harap-harap jangka hayatnya biarlah sampai aku khatam pengajianku di USM pertengahan tahun hadapan....